12 July 2012

Demam Kuning (Jaundis) Baby Irdina

Demam Kuning (Jaundis)

Hari ke 3 - Demam Kuning + hari pertunangan Acik Irdina

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Irdina anak Umi pun tidak terlepas hari masalah yang sama... 2 minggu slps lahir, Umi akan bawa kesayangan ini ke klinik untuk kanal pasti tahap demam kuningnya ... udahlah kiter nie dalam pantangkan ... hehehe

Mai kiter tau dulu aper benda Demam Kuning nie  ...

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis serta air kencing bayi.Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti :-
    • bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan.
    • bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. 
    • Bayi jaudis juga akan kerap tidur.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan harus diingat, ianya boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Berisiko jugak kan? Risau sgt Umi mengenangkan apa yang perlu di buat ... Irdina pada masa itu memang suker sgt tido. menyusu akan kurang sekali. hua hua hua Itulah yang paling merunsingkan hati Umi. Namun, Umi sentiasa mengikut nasihat doktor. Antara nasihat yang boleh Umi kongsi bersama di sini ialah:-

    • Berilah susu ibu setiap 1 Jam mengikut keperluan baby kite. Walaupun baby kite tdo .. Susu itu adalah yang paling mujarab
    • Jangan sekali-kali memberi air masak / air suam ... Xbaik untuk baby 
    • Petua jemur di bawah sinaran pagi matahari? ade juga baik nyer ....
    • sentiasa membuat pemeriksaan dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan ....

Ape-ape pun, semua maklumat ini Umi petik dari sesawang yang adew ... Umi juga tambahkan perisa dengan pengalaman Umi ... hehehe. Harap2 semua dapatlah bersabar jika mengalami situasi seperti ini. Yang paling penting! susu ibu ... kenyangkanlah bayi kite dengan susu kiter ... Insya Allah, itu yang terbaik ... :)

                            
                                          [Jelas kan tanda2 kuning tue ...

No comments: